|
|
| Monday, 24-May-2010 18:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Entry Penawar Rindu.. & Bakat Time..
|
|
Salam semua..
Rindu btl kat FP nie.. heehe.. TQ pada kawan2 yang masih ingat kat Zila. Sayang korang semua.. Tadi jumpa Kak Nuri kat Jusco, semangat nak update terus berkobar2..
Actually skrg ni, x sihat sangat
selesema + penyakit bulanan + ahad lepas pi main bowling & jln2 kat Alamanda = Sakit & lenguh2 satu badan..
Lately sibuk sangat2.. seminggu 3 kali Zila pegi Bakat, sibuk ngan homestay (beli barang & buat website) & preparation utk kenduri adik ipar yg nak kahwin bln depan.
Tak nak citer panjang moh tgk gambar yg ada..
Date : 03-04-2010
Venue : Ugat, Kementah
Theme : Pink Colour

Qeelah & Hanna dok rumah ngan abah.. It's Mom's Day.. Kalau hari Bakat mmg suami diberi pelepasan kerja, dok rmh jaga anak bagi chance kat isteri bersosial..

Kalau ada yg x tau, Bakat ni persatuan utk isteri tentera. Samalah cam Puspanita, Baiduri, Perkep.
Ada 3 cabang.. Bakat Darat, Bakat Laut & Bakat Udara. Zila, off courselah Bakat Laut tapi majlis yg Zila pegi ni anjuran Bakat Darat. Utk info saja..

Antara menu yg sempat disnap, hidangan diserve course by course. Ada yang x sempat nak mkn pun, sebab sambil mkn ada game.. Hari ni kami dilayan oleh rekrut baru, sambil makan layan live band..
Acara tiup lilin utk org yg baru sambut hari jadi, entah macammana nama Zila tercicir pulak.. Huu hu sedih pulak, nasib baik lepas tu cik abg bw mkn kat BBQ Chicken..

Antara game yang ada..


Kami 3 org jer wakil Bakat Laut..


Bawa Qeelah & Hanna ronda kat tmpat kerja abah, bkn senang nak masuk kawasan larangan ni..
Oklah, sampai sini jer.. InsyaAllah kita jumpa lagi..
TQ pada kengkawan yang sudi dtg, nanti Zila akan buat kunjungan balas pulak..
Adios..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 13-Apr-2010 19:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Manik Lingkaran Kasih
|
|
Salam semua rakan cyber ku..
Hari ni tuan rumah tgh diet, so x de menu masak2 ya..
meh kita layan hobi zila nie..
Rupanya ada jugak rakan2 FP melawat rumah manik tu.. malunya dah lama x update..
Zila still beading cuma x upload gambar jer..
Terima kasih kepada semua yang sudi menjenguk & mengomen fp ku ini..
Adios!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 8-Apr-2010 17:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nasi Goreng Kerabu, Kung Poa Chicken & Ikan Pekasam Goreng
|
|
Salam semua.. Nasi Goreng Kerabu ni favourite family Zila kalau ke restaurant tooot, tapi sejak 2 menjak ni kureng sedap pulak rasanya. So baik buat sendiri puas hati..
| Quote: |
Nasi Goreng Kerabu
2 mangkuk nasi (disejukkan)
4 biji cili padi (dikisar) * nak pedas tambah lagi
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 ulas bawang merah (dimayang)
2 batang serai (dikisar)
2 batang bunga kantan (dikisar)
3 batang kacang buncis @ kacang botor @ kacang panjang (dihiris halus)
Sedikit ikan bilis (digoreng & dikisar halus)
Sedikit udang masin (digoreng & dikisar halus)
Sedikit daun selom (dihiris halus)
Kiub ayam
Garam secukup rasa
* Boleh jugak masukkan pelbagai ulam lain
1) Panaskan minyak jagung (minyak biasa pun boleh) tumis bawang putih & cili padi hingga kekuningan.
2) Masukkan serai, bunga kantan & kacang buncis @ kacang botor @ kacang panjang, kacau 1-2 minit.
3) Masukkan nasi,kacau sebati.
4) Masukkan bawang merah, ikan bilis & udang masin yg telah dikisar, masukkan sedikit kiub ayam & kacau sebati.
5) Rasa, sekiranya kurang masin tambah garam.
6) Masukkan daun selom, kacau sebati & angkat.
7) Sedap dimakan panas bersama keropok. |
Resepi ni asalnya dari Sichuan, China Zila translate dari rasamalaysia.com so resepi ni ala2 Chinese style & Zila ubahsuai mengikut selera sendiri..
| Quote: |
Kung Poa Chicken
Bahan-bahannya :-
2 keping dada ayam tanpa kulit & tulang (dihiris panjang & lebar)
Sedikit kacang gajus (digoreng)
8-12 keping cili kering (dipotong 1 inci)
3 sb minyak masak
1 inci halia (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar Holland (dipotong kiub)
1 biji lada benggala (dipotong kiub)
1 tangkai daun bawang (dipotong 1/2 inci)
Bahan Perap :-
1 sb tepung jagung
2 ct kicap (zila guna maggi seasoning)
1 ct minyak masak
Bahan Sos :-
1 1/2 sb kicap cair
1 ct kicap pekat
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
1/4 ct cuka
1ct gula
1 ct tepung jagung dibancuh dgn
2 sb air
Caranya :-
1) Ayam yang telah dicuci bersih & ditos untuk keringkan airnya, diperap bersama bahan perapan selama 30 minit.
2) Campurkan semua bahan sos dalam mangkuk & ketepikan.
3) Panaskan kuali dgn 1 sb minyak, goreng ayam yang telah diperap tadi sehingga 3/4 masak. Angkat & ketepikan.
4) Di dalam kuali lain, panaskan 2 sb minyak, masukkan halia & bawang putih kacau seketika.
5) Masukkan cili kering, kacau rata sehingga terbit aroma spicy. Masukkan ayam, bawang besar & lada benggala.
6) Kacau dgn cepat & sebatikan.
7) Masukkan bahan sos & kacau sebati. Masukkan kacang gajus & kacau lagi.
Rasa masin & manisnya, taburkan daun bawang & angkat.
Sedap dimakan panas2. Boleh juga gunakan resepi yang sama utk udang & sotong.
|
Ikan pekasam favourite cik abg ku ini pulak diimport dari Kuala Kangsar.. layan sajalah..
Terima kasih kepada yang sudi datang & meninggalkan jejak di FP ku ini..
Adios..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 4-Apr-2010 09:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Special Entry..
|
|
Pon! Pon! Teet! Teet! Beri laluan.. Beri laluan..
Salam semua, hari nie semua pikcas2 harap bersabar menunggu turn ya.. special pikcas ni nak potong 'Q' T.Q..
Hmm.. 34 dah! Sekejap saja masa berlalu... Birthday Zila 29hb yg lepas, dah seminggu lebih tapi baru nak publish. Ini gara2 tennet yg sekejap ok sekejap ko..
Last week Zila dapat pelepasan seminggu utk tidak masak mkn mlm.. sebab celebrationnya seminggu!
Tapi tidaklah seminggu tu kami mkn kat luar, ada yang tapau mkn kat rmh saja.
Tapi yang sedihnya.. hu huu.. birthday cakenya tak ada. Apalah maknanya birthday tanpa birthday cake.. My Cik Abg tu expect Zila nak buat sendiri kot, kebiasaannya weekend mmg Zila akan buat kek. Tapi x bestlah birthday girl nak buat kek sendirikan. Kalau nak order pun tak syoklah order utk diri sendiri, duit sendiri pulak tu..
( Kalau abg ada baca ni.. faham2 lah yea.. Hee he..) Tapi, klu x ada pun tak apa jugak, minggu ni kan dah mkn macam2 lemak & karbo.. Kalau mkn kek nanti tambah lagi 2kg pulak.. (Kes nak pujuk diri sendiri)
Apa-apa pun jom tengok kami pegi makan2..
Sori yea tak ajak..
Date : 29-03-10
Venue : Pizza Hut, Jusco AU2






Entah kenapa piccas pizzanya lupa nak snap, kami mkn Island Supreme yang yummy!
Suka sebab ada sos thousand island & crabsticknya..
Lupakan sekejap pasal diet..
Date : 31-03-10
Venue : Rasamas Restaurant, Jusco AU2
Jom makan ayam panggang kat Rasamas pulak..


Gara2 Hanna yang x duduk diam, dah tak sabar nak main menan kat luar tu, piccas pun x banyak ambil, gambar mama pun tak ada.. Huu
Date : 02-04-10
Venue : Leo's Restaurant, Jusco AU2



Kalau kat restaurant tu ada chicken chop, x boleh nak order benda lain.. mesti nak chicken chop jugak!!
Date : 03-04-10
Veneu : BBQ Chicken, Jusco AU2
First time mkn kat sini, makanannya sedap tapi derang punya pekerja tu asyik tgk jer kami mkn, nak snap gambar pun malu, kebetulan pulak masa tu tak ada org lain..
Kali ni Hanna good mungkin sebab pagi tadi mama tinggal dia kat rumah ngan abah, mama ada perjumpaan BAKAT. Entry lain kita citer pasal BAKAT & Poco2 pulak..






Akhirnya.. selesai jugak entry ku ini, fuuh.. penat melayan wimax & wiggy ni..
TQ yea.. pada sesiapa yg dah wish kat FB..
Adios..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-Apr-2010 18:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kunjungan dari Kak Nuri..
|
|
Date : 17-03-10
Venue : My Home Sweet Home @ Setiawangsa
Salam pagi Jumaat untuk semua,
Ini kali ke-3 Zila jumpa ngan K.Nuri.. Orangnya kecil molek, sweet jer tau.. 1st time jumpa di dpn gate rumah, 2nd time terjumpa masa shopping kat Jusco.. Keduanya x blh nak snap gambar. Kali ni barulah secara official nya Zila berjumpa & boleh borak2 ngan K.Nuri. Itupun sekejap shj sebab K.Nuri dah nak masuk kerja..
Oleh sebab akak bagitau last minute nak dtg ke rmh, maka Zila masak apa yang sempat & termampu jer.. Lain kali bagitau awal2 yea..


Qeelah yang tak ceria sebab demam & batuk..


Antara menu yang sempat Zila masak..


Puding Rainbow Marble yang x berapa nak menjadi..
Buah tangan K.Nuri..
Thanks Kak sudi datang rumah saya yg serba sederhana ni, next time dtg lagi kita boleh borak lama2
|
|
|
|
|
|
| Monday, 29-Mar-2010 23:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Abang Li From Penang.. Fruity Soya Bean Jelly & Nasi Ayam Penyet
|
|
Salam semua..
Monday morning ni biasanya ramai yg Monday Blues... hik..hik, tapi Zila rasa really energetik walaupun smlm Zila baru sampai dari kg.. penatnya x hilang lagi, tapi rasa excited utk menghadapi hari ini..
Oklah.. ni sambungan entry yg lepas..
Seminggu jugak mak ngan abah kat KL menemankan anaknya.. hee he..bukannya Zila ni takut tau! Tapi mak & abah ada best sikit taklah boring sgt..
Date : 12-03-10
Venue : My home @ Setiawangsa
Hari nie abg ku from Penang pulak dtg.. & Cik abg pun dah balik dari Kuching. Syoknya ada ramai org nie.. Qeelah & Hanna pun bukan main seronok lagi..
Malam ni kami mkn kat luar, @ my mom's favourite restaurant.. Restaurant R&K letaknya dekat Stesen LRT Setiawangsa. Menu utama kat sini satelah, tapi malangnya kami sampai kesudah satenya x sampai2.. huu..hu..





Menu orang lain x sempat nak snap, masing2 dah lapar..
Date : 13-03-10
Venue : Our 2nd home @ Bkt Jalil
Rumah ni kami beli masa kat Lumut lagi, cadangan asalnya nak disewakan. Tapi bila dah tiap2 minggu datang sini rasa sayang pulak.. Tapi nak duduk sini terus.. Mungkin Tidak!







Jom tengok menu yang Zila masak utk tengah hari tu..
Fruity Soya Bean Jelly
800ml air
30g agar-agar
2 helai daun pandan (diikat & dicarik)
1 liter air kacang soya
1 tin campuran fruit cocktail
Caranya :-
1) Masukkan air, agar-agar & daun pandan ke dlm periuk.
2) Didihkan sehinga agar2 hancur. Masukkan gula mengikut selera anda.
Sebab ada sesetengah soya bean yang less sugar.
3) Setelah agar2 & gula hancur, masukkan air kacang soya, matikan api & kacau rata.
4) Masukkan buah cocktail ke dlm acuan jelly.
5) Tapiskan agar2 soya tadi ke dlm acuan jelly.
6) Biarkan sejuk, sblm dimasukkan ke dlm peti ais.
7) Sedap dimakan sejuk2..
Nasi Ayam Penyet
Resepi ni Zila copy & paste dari rumah Kak Rusnah, & kak Rus lak c&p dari rumah Amal.
TQ Amal & Kak Rus..
Resipi Nasi Ayam Penyet
Untuk nasinya....masaklah seperti memasak Nasi Ayam menggunakan stok rebusan ayam...jangan lupa...halia,serai,daun pandan dan rempah-ratus tumisannya...garam dan boleh juga masukkan kiub ayam...
Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam
* Minyak masak untuk menggoreng.
1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye
* Sedikit minyak masak
* 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
* 10 biji Cili padi
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
* 3 sudu gula merah/secukup rasa
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Tambahan....Kremes Renyah(Serdak)...bila masuk rumah MamaAtiq
1 1/4 cwn air stok ayam
1/2 cwn air
1 biji telur dipukul
60 gm tepung beras
garam secukupnya
Gaul semua bahan....ambil sesudu,tuang ke dalam minyak panas dan goreng garing.Ulangi sehingga habis......serdak ini juga menjadi tambahan semasa menghidang Nasi Ayam Penyet......TQ MamaAtiq...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Mar-2010 19:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mak, Abah & Yan dtg..
|
|
Salam semua rakan ku.. diharap kalian semua sihat & gumbira menjalani kehidupan masing2..
He he.. Zila ni x pandai nak reka ayat power, so kita straight 2 the point..
Gini ceriternya.. cik abgku kena outstation, selalunya kami anak beranak akan ikut tapi kali ni ke Kuching. Cik abg tu x bagi kami pegi, katanya.. ticket dah booking, nanti syg kena naik flight lain pulak.. Lagi pun nanti Qeelah kena ponteng skolah..
Huu.. hu.. x bagi pegi ckp sajalah. Nasib baik dah penah sampai Kuching, tidaklah terkilan sgt..
Seminggu kena tinggal ngan anak2 camner ni.. Masa bercinta dulu kata
"Kalau tak sanggup di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai...
Kalau tak sanggup kena tinggal, jgn kahwin ngan mat navy.."
Hah terkena kat muka sendiri.. Ini baru kena tinggal seminggu, klu org lain husband kena belayar 4-5 bulan camner.. Ada yg bertahun pegi course kat oversea, blk setahun skali jer.. Hmmm
So, Zila pun calling2lah kat mak & abah kat kg.. Sememangnya diorang mmg ada plan nak dtg kl.
Hari Rabu abah drive dari kg sampai ke rmh adik kat Sabak Bernam, nak straight ke kl mmg x larat & hari Sabtu adikku Yan hantar mak & abah ke rmh..
TQ ye mak & abah dtg temankan kami.. & utk Yan jugak sebab tlg hantar mak & abah..



Cantik tak? Baju kepunyan Alin ni, mamanya dah bagi Zila masa cuti Hari Raya Cina. Tapi lagi seminggu diorang nak dtg barulah Zila terkedek2 nak buatnya. Yan dah pesan buat yg simple saja utk anak daranya tu.. Karang baju anak lagi glamer dari mama.


Antara menu minggu ini ....

Oklah sampai di sini shj.. Zila nak pack barang pulak, kejap lagi kami nak bertolak ke Lumut..
Adios..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Mar-2010 04:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Award, Apam Lenggang & Apam Eno
|
|
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Award yg dah lama dpt tapi dek sibuk yg memanjang baru kini dpt dimasukkan dlm n3..
TQ ye Ila, tolong sikit jer tapi dpt award. Ini award pertama tau hee..
Award from willa @ familydishes.fotopages
Kedua-dua resepi ini Zila ambil kat familydishes. Thanks again Ila sebab sudi mengajar & tolong belikan ragi tu.. Dah tau dah kat mana nak cari ragi tu.. kat kedai orang India.

Golek2kan belakang senduk untuk mendapatkan bentuk yang bulat. Dah boleh angkat nie..

Sedia untuk dimakan.. Sedap makan dgn kari.
Apom Lenggang @ Apom India
150g tepung beras
200ml santan
1/2 camca teh yis + 50ml air suam (perap selama 10 min)
30g gula
1/4 cawan tapai nasi
Caranya :-
1) Campurkan kesemua bahan kecuali yis, mesin & tapis.
2) Masukkan bancuhan yis tadi, tutup & simpan hingga kembang berbuih lebih kurang 1 jam.
3) Setelah kembang, kacau rata & tuangkan sesenduk adunan ini ke dlm non stick pan, dibiarkan seketika barulah ditutup.
4) Setelah tepinya kekuningan, kikis tepi2nya dan angkat.
5) Cara menghidang dilipat @ dibiarkan terbuka.
6) Boleh dimakan bersama kari @ kelapa parut.

Masih di dlm pengukus. Suka pakai pengukus ni sebab tudungnya kaca, bolehlah intai tgk tanpa bukak tutup tudungnya.. Kalau dah masuk udara sejuk merajuk pulak dia..

Apam ku yang tersenyum sengih.. Sebenarnya ni percubaan yg ke 3 baru jadi macam ni.. Seronok sangat..
Apam ENO @ Apam Tepung Beras
500g tepung beras
1 cawan tapai nasi
1 cawan gula pasir
2 paket garam ENO
Caranya :-
1) Campur semua bahan di atas, mesin hingga halus.
2) Tapis & peram 1 malam.
3) Keesokannya masukkan garam ENO, kacau rata.
4) Biarkan 10-15 min.
5) Kemudian kukus 10-15 min. (Bergantung kepada saiz acuan)
Tips untuk mendapatkan apam yg cantik..
1) Pastikan air banyak, panas & menggelegak. Setiap kali habis satu kukusan, check air.. kalau hampir habis tambah dgn air yang panas.
2) Acuan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu, masa nak masukkan adunan biarkan acuan di dlm pengukus.
Resepi Tapai Nasi
250g nasi disejukkan
1 camca teh ragi
Sedikit air & sedikit gula
Caranya :-
1) Campur semua bahan di atas.
2) Perap 2 malam. Lepas dari 2 malam kalau tidak digunakan simpan dalam peti ais.
Untuk lagi detail boleh tengok kat
http://familydishes.fotopages.com
Selamat mencuba..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Mar-2010 06:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Taman Botani, Putrajaya
|
|
Date : 21-02-10
Venue :Taman Botani, Putrajaya
Salam semua rakan cyberku.. Lamanya Zila x update.. hee.. masih bernafas & masih bernyawa lagi yea..
Kali ni Zila nak bawa jalan2 ke Taman Botani @ Putrajaya..
Planning sebenar kami nak pegi ke Karnival Wow Putrajaya.. Nak tengok belon udara panas. Pagi tu sajalah surf internet nak tengok aturcaranya. Rupanya belon tu waktu pagi jer ada.. so, malas nak bersesak kat Presint 2 tu kami tukar planned ke Taman Botani pulak, lagipun kami x penah menjejakkan kaki kat sini..

Menu kami yang dimasak oleh chef Mama Zila..

Gelagat 2 anak dara ku..

Cantik view kat sini, patutlah pengantin suka bergambar kat sini. Kali ni pengantin lama & dayang2nya nak posing kat sini pulak..


Venue : Wetland, Putrajaya
Tgh panas gini jom kita pekena ABC kat Teja Cafe @ wetland

ABC yang yummy.. sejuk & nyaman.. sup ikan ni pun tak kurang sedapnya..


|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 24-Feb-2010 01:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Puding Triffle, Agar-agar Marble & Kastard Jagung
|
|
Entry yang menggoda di waktu panas terik..

Zila tengok kebanyakan FP dah ada Puding Triffle nie.. Zila jer baru terhegeh2 nak try..
Resepi ni Zila ambil kat Marlida, Zila serve pun mcm dia jugak.. comel & senang nak mkn.
Qeelah & Hanna x suka cocktail tu, bila sampai part cocktail diorang akan suap kat mama..
PUDING TRIFFLE
1 gulung kek swissroll (Zila guna perisa coklat)
250g buah campuran @ cocktail
250ml susu cair
250ml air
7 sudu makan gula pasir
4 sudu makan tepung kastard (dibancuh dgn 125ml air ~ air lain bukan yg 250ml tadi)
Bahan Jeli
400ml air panas
100g serbuk jeli kristal/segera (Zila guna perasa strawbery)
Caranya :-
1) Potong swissroll 1.5cm tebal. Susun di dalam acuan. Tuang sedikit air sirap buah campuran tadi
sehingga kek basah & lembap. Ketepikan.
2) Masak susu cair, 250ml air & gula di atas api yang sederhana.
3) Masukkan bancuhan kastard tadi & kacau selalu sehingga likat & berkilat.
4) Tuang adunan kastad tadi di atas kek & ratakan.
5) Taburkan buah campuran @ cocktail ke atas kastad.
6) Sementara tunggu kastad sejuk, masak bahan-bahan jeli sehingga larut.
7) Tapiskan ke atas kastad tadi.
Biarkan sejuk kemudian masukkan dalam peti ais sebelum di hidang..

Agar-agar Marble copy from mesra.net
4 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan susu cair
125g mentega
6 gelas air ( Zila guna 1400ml, ikut jer pada plastik agar-agar tu)
1 bungkus agar-agar
5 biji telur
1 mangkuk kecil gula (Zila guna 1 1/4 cawan)
Sedikit serbuk koko.
Caranya :-
1) Masak agar-agar dengan 6 gelas air sehingga mendidih.
2) Bila telah hancur masukkan gula.
3) Sementara menunggu gula hancur, boleh bancuhkan bahan2 untuk campuran agar-agar.
4) Pukul telur dengan mentega sehingga kembang.
5) Masukkan susu cair & tepung kastard sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
6) Tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi kemudian kacau rata.
7) Sesudah sebati & agak pekat bolehlah diangkat & bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Satu adunan dicampukan dengan koko & satu lagi tanpa warna.
9) Masukkan ke dalam acuan berselang-seli & sejukkan.
Kastard Jagung[u]
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula pasir
1 tin jagung manis ala krim
500ml santan kotak + 2 1/2 cawan air
Sedikit garam
Pewarna Kuning
Caranya :-
1) Bancuh tepung kastard dengan santan serta gula, bila dah sebati masak atas api sederhana.
2) Bila dah agak kental, masukkan jagung ala krim, kacau selalu hingga likat & berkilat.
3) Bila dah masak, masukkan dalam acuan & sejukkan.
|
|
|
|
|